Tuesday, 31 March 2015

Anda mungkin sukar untuk mempercayainya.... dan mungkin anda bertanggapan satu kerja gila sehingga anda mencubanya sendiri....
Rahsianya...akan membuat anda kelihatan lebih muda dan membuatkan anda berasa penuh dengan kehidupan dan tenaga? Apa yang anda perlukan ..adalah sebuah kiub ais dan sedikit masa anda!
Terdapat satu titik pada pangkal leher yang dikenali sebagai Feng Fu, titik tekanan Feng Fu didapati pada pangkal tengkorak di bawah dan di bahagian atas leher. Jika anda meletakkan ais di atasnya, badan mula untuk mendapat nafas baru dan anda akan mendapati diri anda lebih sihat, ceria dan penuh tenaga.
Kaedah:
Dalam keadaan perut anda kosong .. sebaiknya sebelym makan....letakkan satu kiub ais di titik Feng Fu dan tahan selama 20 minit dan biarkan ketus ais tersebut dengan pembalut, selendang atau Balut
Lakukan ini secara kerap dengan rehat 2-3 hari dan lakukannya pada waktu pagi dengan perut kosong dan malam sebelum tidur. Selepas 30-40 saat, anda akan merasa sedikit haba yang datang ke titik. Di hari pertama, anda akan mempunyai perasaan keghairahan kerana pengeluaran Endorfin.
Apa yang akan ia lakukan?
Meningkatkan kualiti tidur
Meningkatkan mood
Menyembuhkan sistem penghadaman
Melegakan selsema
Melegakan sakit kepala, toothaches dan sakit
Ia boleh membantu:
Penyakit-penyakit pernafasan
Penyakit kardiovaskular
Isu-isu Tiroid
PMS
Kitaran haid
Kesihatan mental

Monday, 30 March 2015

Ikhtiar Merawat Demam Panas

Ikhtiar Merawat Demam Panas


Bagi pasangan suami isteri kebanyakan pernah merasai betapa susahnya menjaga anak yang mengalami demam panas. Saat suhu badan anak melepasi paras 38 darjah celcius selepas diukur dengan alat pengukur demam maka perasaan runsing dan risau serta penuh pengharapan untuk melihat anak-anak mereka kembali normal seperti hari yang sebelumnya.

Ikhtiar Merawat Demam Panas
Pengalaman menyediakan ubat bontot, mengelap badan anak setiap masa, memandikan anak diwaktu dinihari adalah ikhtiar ibubapa untuk mengelakkan suhu badan anak menjangkau suhu yang terlalu tinggi. Itulah kepentingan ilmu asas pengubatan anak-anak sangat penting kepada ibubapa.

Berdasarkan pengalaman, disaat suhu badan anak melebihi 39 darjah celcius, maka ibubapa pasti akan membawa anak mereka ke wad kecemasan dengan harapan usaha mereka akan dibantu para doktor yang pakar dalam bidangnya. Tapi apa yang terjadi ialah, hanya jururawat yang terus sahaja memandikan anak mereka dalam suasana yang biasa bagi mereka dengan tujuan untuk mengelak suhu badan anak terus menjadi naik,ibubapa yang runsing terpegun sambil berdoa agar anak mereka sembuh seperti biasa. Akhirnya dengan izin Allah sembuhlah anak mereka menggunakan kaedah tersebut.

Pengalaman ibubapa mungkin tidak sama antara satu sama lain.Namun begitu dalam bidang pengubatan Islam, terdapat cara yang boleh kita amalkan serta ikhtiarkan untuk merawat penyakit demam panas ini seperti berikut :-


DOA YANG DIBACA


1. Al-Fatihah



2. Selawat Syifa'



3. Ayat 21 hingga 24 surah al-Hasyr



4. Doa demam panas
 "Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, Dengan nama Allah Yang Maha Besar, kami berlindung kepada Allah daripada kejahatan peluh yang mendidihkan darah dan kejahatan kepanasan neraka"


KAEDAH RAWATAN

Bacakan kesemua doa dan ayat di atas, kemudian dihembuskan atas segelas/sebotol air dan diberi minum kepada pesakit. Pesakit juga boleh dilapkan dengan sebahagian air ini.

Perkongsian adalah diambil dari sumber yang dinyatakan untuk panduan semua.

Kongsikan:

Post Tags:


PENAFIAN: Artikel yang disiarkan didalam blog ini adalah sekadar rujukan / panduan sahaja. Pembaca dinasihatkan agar merujuk dengan pihak yang bertauliah dan terlatih dalam bidang berkenaan sebelum mempraktikannya. Sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi daripada blog ini adalah atas risiko dan tanggungan pembaca sendiri.
Mamapeduli
Perkongsian ilmu dan pengalaman buat ibu-ibu terhebat! Perkongsian adalah diambil dari pelbagai sumber yang dinyatakan dan dikumpulkan untuk panduan semua.

Tiada Komen Untuk " Ikhtiar Merawat Demam Panas "

  •  To add an Emoticons Show Icons
  •  To add code Use [pre]code here[/pre]
  •  To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  •  To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM


Read more: http://www.mamapeduli.info/2014/04/ikhtiar-merawat-demam-panas.html#ixzz3VrG6bGdF