Saturday, 25 October 2014

Seorang Ibu Menulis 13 Permainan Yang Kita Patut Tahu Jika Mahu Anak Pandai. #7 Sangat Simple

Kami amat menggemari post blog ini!
Seorang ibu, Puan Adlil Rajiah, menulis di dalam blognya 13 permainan yang ibu bapa patut tahu untuk menggalakkan perkembangan minda anak. Kebanyakan permainan yang diperkenalkan, adalah dari barangan harian – ia amat murah dan mudah untuk dilakukan! Tanpa menunggu lagi, sila baca penulisan beliau di bawah ini:
—————–
Aktiviti kanak-kanak yang murah & bagus untuk perkembangan minda!
Ok topik hari ni agak ke”mak-mak”an sikit. Orang bujang mesti boring baca. Tapi kalau bujang yang kuat berangan, boleh la baca sambil berangan anak ada kat sebelah. Scaryyyy~~ ;D
Ok sebenarnya since aku publish entry pasal Child Psychiatrist tu kan, ramai parents yang email aku dan share pengalaman masing-masing buat assessment dengan Child Psychiatrist. Rupanya ramai jugak parents yang dah pernah bawak anak jumpa Child Psychiatrist kan. Aku ingat aku sorang je. -___-
Well, ramai yang beranggapan bahawa anak-anak yang perlu jumpa Psychiatrist ni, mesti anak yang terencat otak,
anak ada masalah mental, anak autism, anak asik kena rasuk, etc. Kamonnn.. TAK SEMESTINYA.
Macam kita. Kita jumpa gynecologist sebab nak beranak je ke? Tak semestinya kan. Period tak teratur pun jumpa gynae. Asik sakit perut pon jumpa gynae. Saje-saje nak cari jodoh pon jumpa gynae. :D
So sama macam child psychiatrist. Bawak anak jumpa psychiatrist tak semestinya anak kau gila. -_____-
Sebenarnya, semua parents yang ada anak 12 bulan dan keatas, sangat disarankan bawak anak masing-masing jumpa Child Psychiatrist. Untuk apa?? Supaya parents lebih mengenali behaviour anak. Supaya parents tahu cara yang betul untuk handle behaviour-behaviour tertentu. Contoh, anak kuat jerit, nak buat camane. Anak takut strangers, nak buat camane. Anak terlalu manja, nak buat camane. Anak lembap, nak buat camane. Anak lambat cakap, nak buat camane.
Kat sana ialah tempat terbaik untuk parents belajar mengenali anak masing-masing dan tahu mana salah silap SEBELUM TERLAMBAT. Dan supaya perkembangan fizikal dan mental anak dapat diransang dengan baik. Dan parents bukan sekadar memperbodohkan anak dengan gajet semata. Amboi kasarrrr ayatnya. -___-
Biasalah kita sekarang dah terlalu moden. Sampai otak jadi sempit dan tak kreatif bila fikir soal anak.
Bila anak bosan, nah ipad. Bila anak nak perhatian, nah ipad. Nanti esok-esok kau dah tua, kau lapar, anak suapkan ipad dalam mulut kau. Ok kasar lagi. Maafkan saya. -..-
Bagi parents yang dah pernah hantar anak buat assessment dengan Child Psychiatrist, mereka tahu betapa banyakkkkk aktiviti yang boleh dilakukan bersama untuk merangsang fizikal dan minda anak. So hari ni aku nak share beberapa aktiviti tersebut. Dan semua aktiviti ni bukan saje based on experience aku sendiri, tapi jugak dari pengalaman parents lain yang sudi berkongsi untuk manfaat bersama. Siapa kata aku mereka-reka cerita, korang siap. Aku jentik tahi lalat tu kang.
;D
Kalau diikutkan memang terlalu banyak aktiviti untuk meransang minda anak-anak yang diguna-pakai oleh Child Psychiatrist dalam assessment mereka. Tapi kat sini, aku senaraikan beberapa sahaja, yang aku rasakan murah, mudah dan semua orang boleh praktikkan dengan anak masing-masing di rumah.
Ok jom kita tengok satu-satu.
1) Ring Tower / Tower Blocks / Cup Tower.
Apa-apa sahaja aktivti berkenaan membuat tower adalah bagus. Macam Haikal, kitorang beli ring tower je. Senang.
Cuma susun yang besar bawah, kecik atas. Dan supaya dia boleh kenal saiz mengikut turutan yang betul.
1
2
Dari aktiviti ni, anak akan dapat recognize saiz dan belajar camane nak buat tower yang seimbang.
Selain ring tower, korang jugak boleh guna barang yang dah ada kat rumah macam cawan plastik atau mangkuk plastik untuk buat tower.
3
Besar bawah, kecik atas. Suruh anak susun camtu.
Pastu bayangkan iklan anmum, sel-sel otak sedang berhubung. ;D
2) Colour Sorting
Ok untuk aktiviti ni, korang boleh guna apa sahaja benda yang berwarna.
Dan suruh anak asingkan mengikut warna yang sama.
Macam Haikal, selalunya aku guna tiga benda.
a) Fruit Fork.
4
5
6
b) Fur Balls
7
8
9
10
c) Batang Aiskrim
11
11
Seperti yang kita semua tahu, bermain dengan warna adalah cara paling baik untuk merangsang minda anak.
Aku pon tak tahu nak explain secara scientific. Tapi aku boleh tengok sendiri dari perangai Haikal.
Kalau bermain dengan benda berwarna, dia nampak excited dan bersemangat.
Dia tak cepat bosan dan happy je masa bermain.
Dan menurut doktor, warna bagus untuk stimulate mata anak-anak jugak. =)
Aku tak guna benda yang sama setiap hari untuk aktiviti sorting colours ni,
sebab Haikal akan bosan bila tengok benda yang sama hari-hari.
So kita tukar-tukar.
Hari ni batang aiskrim, esok fur balls, lusa fruit fork, dan sebagainya.
Aktiviti ni tak terbatas untuk barang-barang tertentu sahaja.
Asalkan barang tu berwarna, boleh guna.
Sudu ke, sepit baju ke, pensil warna ke, kertas warna ke, stokin ke. -___-
3) Sorting beads
Aktiviti ni agak merbahaya dan wajib ada orang dewasa yang monitor.
Sebab ia melibatkan beads/manik.
Aktiviti ni aku dapat tahu dari mak saudara aku. Dia nurse.
Dan dia jugak pernah bawak anak jumpa Child Psychiatrist,
dan ini salah satu aktiviti yang anak dia buat semasa assessment.
Aktiviti ni mudah je. Korang hanya perlukan manik berbagai warna dan jenis.
Butang baju pon boleh.
Longgokkan banyak-banyak dalam pinggan.
Dan suruh anak asingkan mengikut jenis atau warna.
Dah macam babak nak cari bakal isteri dalam cerita p.ramlee pulak. Kahkah.



Kenapa guna manik?
Sebab benda kecik-kecik ni boleh stimulate fine motor skills anak dan latih anak untuk lebih fokus.
So nanti penglihatan dan pemikiran dia tajam, pergerakan tangan dia lebih lancar.
InsyaAllah bila besar nanti pandai melukis dan tulisan cantik.
Macam iolls.
*muntah*
;D
4) Shape Sorting
Masa Haikal baby dulu, kitorang ada beli shape sorter yang macam ni.


Branded dan mahal.
Berlagak habis la masa tu. Bahah.
Tapi percayalah cakap aku. Tak worth it langsung korang beli shape sorter yang mahal-mahal camni.
Dah la mahal, pastu blocks dia tak banyak.
Macam yang aku beli ni, blocks dia dalam 18 ketul je.
Umur belum setahun Haikal dah boleh buat tak sampai 2 minit.
Sekarang dia siap dah boleh masukkan shape tu dari dalam ke luar. -____-
Lagi satu yang aku tak suka, kegunaan dia tak pelbagai. Boleh guna sebagai shape sorter sahaja.
Boring. Dan membazir.
Nasib baik ada sorang ibu yang share tentang shape sorter yang lebih berbaloi.
Katanya, kat Mr.DIY ada jual wooden blocks (100 ketul), harga cuma RM40.
Ada tiga kegunaan pulak tu:

Shape sorter.


Boleh buat castle atau tower.




Dan boleh buat Domino jugak!
Lebihhhhh berbaloi dari beli shape sorter yang mahal tapi tah hape-hape itu. -..-
Jadi Haikal pon boleh main lebih lama dan tak bosan dengan satu aktiviti sahaja.
Selain boleh rangsang otak dalam mengenal pasti shapes,
benda ni jugak boleh enhance kreativiti anak dalam construct castle dan susun domino.
Oh selain tu, korang jugak boleh suruh anak sort colours menggunakan wooden blocks ni.
Kan dia ada banyak warna tu.
Sangat beronok-ronok bukan? :D
5) Penyepit baju.
Masa buat assessment dengan Dr. Sherine, Haikal ada buat aktiviti ni.
Guna sepit baju.

Tak payah yang fancy-fancy camni pon takpe.
Sepit baju mydin pon boleh guna. =)
Korang boleh latih anak tekan sepit baju tu dan sepit di tepi bekas seperti ini..





Selain merangsang otak, aktiviti ni sangat bagus untuk motor skills, sensory skills, dan melatih anak mengawal tangannya.
Memula memang payah. Sampai herot-herot mulut Haikal nak picit penyepit tu kahkah.
Tapi lama-lama dia semakin terrer.
Makin laju dia buat. =)
6) Fur sticks & Penapis Sayur.
Bahah.
Kenapa penapis sayur perlu terlibat sama dalam hal ni. -___-


Fur sticks ni aku simpan sejak zaman anak dara lagi.
Aku dulu memang suka buat arts. Macam buat kad mother’s day ke hape kan.
Biasalah anak dara mana ada kerja lain. Nak tolong mak kemas rumah, malas. -..-
Korang boleh cari Fur Sticks ni di mana-mana kedai stationaries. Mesti ada punya.
Apa yang korang perlu buat ialah, potong fur sticks tu pendek-pendek
dan suruh anak masukkan dalam lubang penapis sayur.


Aktiviti ni pun bagus untuk latih anak lebih fokus dan stimulate fine motor skills.
Selalunya aku suruh Haikal cucuk dan susun mengikut warna fur sticks tu.
Aktiviti ni memang fun sebab boleh menguji tahap kesabaran anak korang jugak. :D
7) Hair bands, lidi dan penapis sayur.
Ye, masih menggunakan penapis sayur. -___-

Tapi kali ni kita guna penapis sayur berlainan dari yang tadi.
Supaya blog readers tahu kat rumah iolls ada banyak penapis. Kahkah!
Ok tentang hair bands, semua mak-mak mesti ada hairbands bukan?
Takkan la kau memasak dengan rambut lion king segala.
Macam aku, memang suka standby hair bands banyak-banyak kat rumah.
Sebab hairbands ni, hobi dia menghilangkan diri selalu.
Sebelum mandi elok je letak atas meja, tetiba habis mandi ting! Hilang. -..-
So kalau travel ke apa, aku memang standby banyak hairbands dalam wallet.
Kang kalau hairbands hilang atau hari tu kuat berpeluh so hairband berbau hapak nak pengsan bila bau kahkah.
So lebih senang bila ada banyak spare.
Jadi sementara hair bands yang belum diguna masih banyak,
boleh lah guna untuk buat aktiviti bersama Haikal.
Jangan bagi anak main yang dah hapak pulak ye. Rosak saraf hidung budak tu. ;D




Aktiviti ni senang saje. Anak cuma perlu tarik hairbands dan masukkan dalam lidi mengikut warna.
Tapi aktiviti ni cukup bagus untuk fizikal dan mental anak.
Sebab?
Sama macam aktviti lain, dapat enhance sensory and fine motor skills.
Latih pergerakan tangan. Latih anak fokus. Latih anak sabar. =)
8) Count the sea-shells.
Ok budak-budak memang cepat belajar mengira bila ada objek dan bukan sekadar menulis di atas kertas.
Korang boleh guna apa-apa barang yang senang dikira.
Macam Haikal, kitorang guna sea-shells.

Korang boleh je kutip mana-mana kalau rumah kat tepi pantai kan.
Tapi boleh jugak guna benda-benda lain macam batu sungai ke kan.
Eh semua benda pon boleh guna kottt. Nak kira je pon kan. -..-
Dalam aktiviti ni, Haikal perlu letak bilangan sea-shells mengikut nombor yang diletakkan kat sebelah pinggan.
Macam ni..



Kalau anak korang dah besar sikit, boleh guna kaedah yang sama untuk ajar maths macam plus minus dan sebagainya.
9) Bolts & Nuts
Ok yang ni pon salah satu aktiviti yang Haikal buat masa assessment dengan Dr.Sherine tempoh hari.
Bolts and Nuts ni korang boleh beli kat mana-mana. Cari yang murah sudah.
Aku beli kat Mr.DIY. Memang murah.
Tapi tak ingat dah berapa. -___-


Benda ni dia berbeza mengikut warna, bentuk dan saiz.
So bolt dan nut tu kena matching dalam 3 perkara itu (warna, bentuk, saiz).
Kalau tak match, memang tak masuk.
Oh aktiviti ni paaaaaling aku suka.
Sebab Haikal kena genius sikit nak main benda ni.
Selalu dia main benda senang-senanggg je kan.
Yang ni susah, padan muka dia. ;D


Tapi lama-lama, pon Haikal boleh buat.
Tak pandang pun rilek je dia buat. -___-
Aktiviti ni bagus.
Selain mencabar minda, sebab kena matching banyak warna, bentuk dan saiz,
ia juga dapat melatih fine motor skills dan hand movement.
Ingat, apa-apa aktiviti yang merangsang pergerakan fizikal (pulas, picit, tekan, tolak, tarik, lompat, lari, merangkak, berguling etc), juga akan merangsang motor skills dan brain development!
Sekali lagi bayangkan iklan anmum, sel-sel otak sedang berhubung. :D
10) Melukis

Walaupon aktiviti melukis ni nampak remeh,
ataupon nampak macam tak best sebab parents tak pandai lukis,
sila tahu bahawa permikiran dan imaginasi budak tak terbatas kepada sesuatu gambarajah sahaja.
Lukislah apa saje dan suruh anak imitate lukisan korang.
Cantik ke tak cantik tu balakang kira.
Masa ni la korang nak latih anak pegang pen, pensil warna, crayon dan sebagainya.
Kajian mengatakan, anak yang SUKA melukis mempunyai pemikiran yang lebih kreatif.
Dan tahap keterbukaannya dalam membuat keputusan adalah lebih luas.
Hamboi.
Dia kata anak yang SUKA melukis ye, dia tak kata anak yang PANDAI melukis.
So pandai tak pandai melukis, itu belakang kira.
Yang penting, jadikan aktiviti melukis tu sebagai hobi atau rutin harian.


Jangan kata parents tak pandai lukis, so taknak buat aktiviti melukis dengan anak.
Rugi.
Lukislah apa saje. Dan suruh anak imitate.
Walau sekadar bulatan atau garisan.
Ataupon buat camni.
Kita lukis sesuatu bentuk (bulat, square, line, oval, etc.) dan suruh anak sambung lukisan tersebut.
Pepandai dia la nak sambung dan menjadikan apa-apa yang dia nak.
Memang la buruk hazabedah lukisan dia. Bahah.
Tapi kita tak tahu apa yang sedang bermain di fikiran dia.
Jadi biar dia lukis, biar dia explore. =)


Ok ni aku saje nak share.
Hari tu aku jumpa crayon blocks ni. Pun dekat Mr. DIY.
Crayon blocks ni sangat berguna. Bila Haikal dah bosan melukis, dia boleh buat tower. =)



Macam-macam mainan budak-budak sekarang.
Crayon blocks lah apa semua lah. -____-
Helloooo mama dulu lukis pakai arang je tau.
Ok tipu. ;D
11) ABC 123 Blocks.
Macam yang aku cakap sebelum ni, warna dan appearance permainan tu memainkan peranan penting dalam menarik minat anak-anak.
Kalau sekadar tulis ABC 123 di atas kertas, mungkin diorang akan cepat bosan.
So korang boleh try guna blocks.
Kat mana-mana pon ada benda ni. Aku beli kat giant tak silap.




Sebelum umur 2 tahun, Haikal dah boleh hafal dan recognize setiap huruf A-Z dan nombor 1-10.
Amazing? Memang.
In fact, blocks adalah lebih powerful dari flash cards.
Tak percaya korang boleh cuba.
12) Car track.
Tak payah beli car track yang bertingkat-tingkat yang mahal tu.
Cuma guna masking tape berwarna, dan tampal kat lantai dan design lah ikut suka korang.
Dan amik segala mainan cars yang anak korang ada, dan suruh dia gerakkan car tu di atas track.



Aktiviti ni pon bagus untuk fine motor skills selain melatih anak untuk lebih fokus.
Selain bajet yang murah, sebab korang hanya perlukan masking tape sahaja,
korang jugak boleh ubah design track tu kepada design yang lebih susah dari minggu ke minggu.
Supaya aktiviti ni jadi lebih mencabar, dan otak anak korang dirangsang dengan lebih baik.
13) Shoot the ball.
Ok ni last.
Aku pon dah penat taip. -______-”
“Shoot the ball” jugak adalah salah satu aktiviti Haikal semasa assessment tempoh hari.
Just baling bola dalam jaring.
Main bola jaring la senang cakap. -..-
Kebaikan aktiviti ni lebih kurang macam memanah.
Dapat latih anak lebih fokus, precise dan concise dalam hidup.
Macam yang kita tahu, aktiviti memanah adalah sunnah nabi.
Tapi pada umur ini, Haikal belum sesuai untuk buat aktiviti memanah.
So untuk melatih ke arah itu, boleh buat aktiviti ni dulu (baling bola dalam jaring).
Dan bila dah besar sikit, boleh ajar dia main dart, dan seterusnya ajar memanah.
Gitu.

Note untuk parents: Jangan lupa letak bakul bawah jaring supaya korang tak lecak ketiak kejar bola sana sini. -___-
Aktiviti ni korang kena lakukan secara berperingkat.
Buat paras rendah dulu. Biarkan dia masukkan ball tu dengan senang lenang.
Benda ni penting untuk build dia punya self-esteem sebelum memulakan cabaran yang lebih susah.
So bila dia kompiden habis masukkan ball dalam jaring tu, baru letak paras yang lebih tinggi.
Kalau boleh paras yang memerlukan anak tu melompat atau mengjingkitkan kaki.
Pergerakan macam ni bagus untuk fizikal especially kekuatan muscle dan tulang dia.
Dan ofkos untuk otak jugak. =)
Ok dah.
Habis jugak entry ni. Hahaha.
Panjang betul lah hai. Terhakis dah jari aku ni haa.
Harap korang sama-sama dapat manfaat lah.
Tak delah sia-sia sangat jari aku terhakis ni haaa.. -___-
Oh lagi satu, mohon jangan tanya aku aktiviti sekian-sekian sesuai untuk umur berapa.
Aku tak boleh jawab.
Sebab lain budak, lain tahap dia.
Macam Haikal, dia dua tahun. Tapi doktor kata pemikiran dia sama macam budak lima tahun.
Aku tak tahu la nak rasa apa. Bersyukur ada, gerun pon ada.
Nasib doktor tu tak kata macam umur 25.
Boleh aku start carikan jodoh untuk dia. -____-
So sepatutnya, parents tu sendiri tahu tahap potensi dan kebolehan anak.
Jangan takut untuk dedahkan benda baru kepada anak pada umur berapa-berapa pun.
Lagi awal lagi bagus kan.Yang penting keselamatan kena utamakan.
Kalau anak suka masuk barang dalam mulut, dalam hidung, kena awas lebih.
Dan sebenarnya kita sebagai parents pon kena berfikiran kreatif dalam membuat aktiviti bersama anak.
Kalau penat bekerja sekalipon, ada banyak aktiviti mudah yang tak perlu keluar peluh pon.
Jangan malas dan jangan harapkan ipad semata.
:D
p/s: Sorry kalau entry ni macam poyo, berlagak, atau kembang hidung ke apa. Sekelumit pon aku tak berniat begitu.
Apa yang aku tahu, benda baik, benda bermanfaat, kita kena share. Itu saje.

Monday, 6 October 2014

Renungan bersama...
1) Jangan pukul anak dari lutut keatas
2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali mena
mpar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control
3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak
...Sabda Rasulullah s.a.w.
“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”
4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).
5) Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)
6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)
7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).
8) Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.
9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).
10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
11) Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)
12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.
13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.
14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).
15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.
16) Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.
17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.
18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,
20) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.
“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”
like & share (^_^)
Tips penurunan berat badan berkesan

Wednesday, 6 August 2014

AIR TANGAN ORANG YANG TIDAK SOLAT.
*Selepas Baca Mohon SHARE*
Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar, malahan orang yang tidak solat lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa a.s.
Kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), "Kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam." Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam.
Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barang siapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu. Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya.
Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam. Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu. Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi.
Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi.
Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu atau isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dan sebagainya. Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak tergamak kan?
Tapi lain pula halnya dengan kita hari ni. Pagi petang, mamak. Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia. Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik. Hati- hati dengan apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril a.s.
Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), "As-solah as Solah wa amalakat aimanukum". Maksudnya, "Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu.."
p/s : Ambillah pengajaran dari kisah ini untuk ahli keluarga kita bersama. boleh share antara kita...

Tuesday, 8 July 2014

Petua Agar Anak Ikut Cakap Ibubapa
1. Setiap pagi, sebelum pergi sekolah, anda berdiri di belakang anak dan kedua-duanya (anak dan ibu atau bapa) menghadap kiblat.
2. Letakkan kedua-dua telapak tangan ibu/ayah yang dirapatkan atas kepala anak tanpa sentuh kepala lebih kurang 1 inci dari rambut.
3. Bacakan al Fatihah dan Alam-nash-rah ... hingga habis.
4. Niat dalam hati mohon pada Allah: "Ya Allah permudahkanlah anak aku ini untuk belajar dan diterangkan hati, lembutkan hati dan ditetapkan iman dan mohon anak aku ini mendengar cakap ibu bapanya".
5. Kucup dahi anak dan biarkan dia pergi ke sekolah. Telapak tangan anda (ibu/bapa) ada aura dan gunakannya sebaik-baiknya.

Tuesday, 1 July 2014

AWAS JIKA ANDA SERING MEMUKUL ANAK !!

Satu soalan telah diajukan; 

degil ke anak saya yang baru 1 tahun 6 bulan yang tidak mahu mendengar kata bila dilarang? Orang keliling mengatakan dia degil. Dia juga suka merampas mainan kanak-kanak lain. Ibu kata tidak boleh garang dan marah anak. Namun, jika tidak marah, dia menjadi-jadi perangainya. Bolehkah dia dihukum dan bagaimana?



Anak baru satu tahun 6 bulan. Usia ini masih kecil dan yang paling ketara pada usia ini ialah anak-anak kecil dijadikan oleh Allah kuat ego centric. Maksudnya bukan dia ego, tetapi dia lebih fokus kepada dirinya. Mekanisma ini ada pada setiap manusia pada usia ini. Inilah cara Allah memastikan kemandirian manusia di dunia ini.

Anak-anak pada usia ini hanya memikirkan dirinya kerana pada usia ini bahagian lapisan kedua daripada bahagian ketiga lapisan otak - triune belum begitu berkembang.

Otak ada tiga lapis. Bahagian paling bawah mengawal keselamatan, berkembang pada masa lahir hingga 3 tahun. Pada usia ini anak-anak hanya memberi respons kepada stimulus, ransangan dan belum boleh berfikir.

Pada usia 3 tahun barulah lapisan kedua atau otak tengah anak berkembang. Bahagian otak ini menjaga emosi dan kesihatan. Pada ketika ini barulah anak-anak memikirkan orang lain dan sedar lebih mengenai kewujudan orang lain. Pada masa ini juga barulah EQ anak mula berkembang dan dia mula faham untuk bertolak ansur.

Anda akan lihat anak yang merasakan dia dijaga dengan baik dan berasa selamat, bahagian otak tengah ini mungkin sudah mula berkembang pada usia lebih awal. Maka anda melihat situasi anak-anak itu baru menjangkau 2 tahun, tapi sudah boleh memikirkan perasaan orang lain. Pucuk pangkalnya, bila anak itu rasa selamat, perkembangannya cepat.

Pada usia 4 tahun keatas barulah bahagian otak paling atas iaitu neokorteks atau otak berfikir anak mula-mula develop. Barulah mereka boleh faham penerangan yang kita beri dengan lebih lagi. Namun, mereka masih belum boleh membezakan yang baik dari yang buruk kerana mereka belum mumayiz. Frontal lobe mereka belum develop penuh.

Oleh kerana ibu bapa dan ramai orang dewasa termasuk datuk nenek tak faham, cepat saja mereka menamakan anak-anak kecil seperti yang nampak tidak mendengar penerangan dan larangan sebagai degil dan ego.

Setiap kali Ibu mendengar perkara seperti ini, terhiris sungguh hati Ibu kerana sampai hati orang dewasa melakukan perkara begini kepada anak-anak kecil yang masih suci seperti kain putih.

Jika anak itu salah berperangai, merebut barang, atau bermain dengan benda yang merbahaya, untuk dia tidak terus melakukan perkara itu, anda boleh mengambil dia dari situ dan boleh katakan kepadanya No, ini tak boleh, dengan tegas tapi penuh kasih-sayang. Kemudian bawa dan ajak dengan baik dia ke tempat yang ada benda yang boleh dia bermain dan katakan, Yes, yang ini boleh. Dan katakan lebih dari 3 kali untuk menguat stimulus positif yang akan membina diri yang positif. Supaya, terakam diminda bawah sedarnya akan stimulus positif ini. Dia tidak boleh terus ingat, kerana tempat memori adalah pada bahagian otak tengah. Masa ini bahagian itu belum lagi develop.

Ya, memang kononnya jalan paling senang dan cepat bagi menangani anak-anak kecil yang kuat kehendaknya ini ialah dengan memarahinya dan menghukumnya dengan kasar. Tapi ini menyebabkan anak ini berasa tidak selamat. Ingat pada usia ini, bahagian otak paling bawah yang sedang develop. Anak ini akan berasa tidak selamat. Bila seorang itu berasa tidak selamat, dia akan lari atau melawan. Maka itulah yang menyebabkan bila dia besar sikit dan kerana keadaan marah-marah dan melarang dengan kasar ini berteus, anak itu akan selalu mengamuk dan bertambah kuat mengamuk. Atau menjadi anak-anak yang senyap kerana TAKUT dan tiada keyakinan diri.

Bila terjadi begini, apakah yang ramai orang dewasa lakukan? kuatkan lagi marah dan kuatkan lagi hukuman. Lama-lama, menjangkau 3 tahun, emosi anak penuh dengan kemarahan dan kesedihan. Anak begini membesar menjadi anak-anak yang memendam rasa, nampak diam, tapi bom jengka sedang berdetik, menunggu masa saja untuk meletup. Tiba usia yang lebih tua, seperti remaja, anak yang sama ini akan menjadi sangat degil, pemarah dan tidak hormat orang tua. Ada yang menerajang ibu bapa!

Bukankah telah diingatkan oleh Nabi s.a.w, bahawa pada akhir zaman, akan ramai anak-anak yang menjadi tuan pada ibu bapa mereka. Bukan kerana ibu bapa mereka melayan mereka dengan kasih-sayang tetapi kerana ramai ibu bapa yang tidak memahami bagaimana untuk mendidik anak-anak sehingga mereka tersilap cara lalu merosakkan diri anak-anak itu sendiri.

Anak yang dibesarkan dengan kasih-sayang, hormat dan kefahaman psikologi kanak-kanak, akan membesar mengasihi ibu bapa mereka.

Bila kita berlembut dengan anak sekecil 1 tahun 6 bulan itu,bukan bermaksud kita memanjakan atau membiar dan kita lemah. Sebenarnya, kita sedang membina rasa selamat yang kukuh, untuk mudah otak tengahnya pula develop cepat. Kita tetap tegas, tapi kita juga penuh kasih-sayang.

Cuba tengok betul-betul, anak-anak yang dididik penuh kasih-sayang, dihormati perasaaan mereka dan berasa selamat, meningkat cepat kepandaian mereka berbanding dengan anak-anak yang selalu dimarah dan dihukum kasar.

Bila anak-anak sekecil itu merampas mainan kawan, bukan dia perampas, tapi dia belum lagi tahu maksud ini barang orang dan dia perlu meminta izin atau bermain bersama. Anak pada usia ini, kalau dia hendakkan sesuautu, dia mengambilnya sahaja. Bila tidak dapat dia akan meraung. Kerana itulah yang dimaksudkan ego centric. Centre pada dirinya sahaja.

Janganlah kita orang dewasa cepat melatah dan menghukum anak-anak kecil ini dengan perkataan seperti jahat, degil, perampas… dan dipukul dan sepertinya yang akan masuk ke unconscious mindnya dan menjadi belief atau kepercayaan yang merosakkan diri anak itu.

Ibu tahu yang membaca penulisan ibu ini adalah ibu bapa yang prihatin dan mahukan kebaikan untuk dirinya dan anak-anaknya. Ibu pernah menjadi ibu muda dan sekarang nenek pula. Ibu tahu perlunya membesarkan kesabaran. Oleh itu, janganlah risau sayang.

Kita perlu sedar, anak-anak ini didatangkan kepada kita untuk memberi kita rasa seronok dan juga membina diri kita. Membina kesabaran itu adalah salah satu daripada membina diri kita ini.

Untuk kali ini Ibu tinggalkan kepada anda dengan satu azimat. pegang dengan kemas. Azimatnya ialah SENANTIASA, SENANTIASA BERSANGKA BAIK DENGAN ANAK-ANAK TERUTAMANYA ANAK-ANAK KECIL. KEMASKAN KEYAKINAN BAHAWA ANAK-ANAK KECIL INI SUNGGUH SUCI.

Sesungguhnya sayang, anda layak bahagia dan menjadi ibu bapa berjaya.

Salam kasih - Credit to Prof Dr Rozieta Shaary

share hanya untuk manfaat bersama =)