Wednesday, 23 January 2013

Bismillaa hir rohma nir rohim
SANTAPAN ROHANI - PAGI SELASA 22 JANUARI 2013:
4 JENIS PEREMPUAN YANG JADI PENGHUNI NERAKA

1] PEREMPUAN YANG JAHAT MULUT dan KELAKUAN, TERHADAP suaminya... Banyak komplen... Ada sahaja yang tidak kena.... " ABANG NI PUN SATU, BELI IKAN KECIL-KECIL SANGAT... Belilah yang besar sikit... Susah nak siang... " ... Esoknya.. " ABANG NI, BELI IKAN BESAR SANGAT, gelilah nak makan.." Komplen lagi... Ada sahaja yang tidak kena pada suami.... Suka MEMBURUK2AN SUAMI dibelakang suami samada kepada ibu bapa, saudara mara atau kawan2.... CURANG pada suami.... Si isteri membuat perkara haram atau BERGAYUT ATAU BERCHATTING dengan lelaki lain.... Menyakitkan hati suami dengan mengungkit segala kekurangan suami setiap hari. " SEDARLAH DIRI AWAK TU, kos perkahwinan pun saya yang keluarkan... Nak harapkan awak dan keluarga awak, tak merasalah hidup senang seperti sekarang ni..." sehingga suaminya tidak terkata apa-apa....

2] PEREMPUAN YANG MEMPERBODOHKAN SUAMI, memaksa suami membuat perkara yang di luar kemampuan suami.... MENGGUNAKAN ILMU HITAM AGAR SUAMI PATUH DAN IKUT SEGALA KEMAHUAN ISTERI... "Itulah engkau, kalau dari dahulu, kau dengar cakap aku, beri suami kau makan NASI KANGKANG, sudah tentu sekarang ni kau tidak dimadukan.. ".... “Suami aku, aku dah ‘ikat’ awal2 lagi...Dia tak boleh nak buat apa2 dahhh!!”... Memaksa suami untuk membeli sesuatu di luar kemampuannya, atau suami minta tangguhkan dulu sebab ada perkara lain yang lebih perlu... "ABANG, SAYA TAK TAHU, RAYA NANTI SAYA NAK LANGSIR BARU, KARPET BARU, PETI AIS BARU... ".... "Langsir dan karpet ni kan baru ganti jerr... Abang mana mampu, Yang... Yang tahukan, banyak benda nak kena bayar niii... "... "ITU SAYA TAK TAHU.. Yang saya tahu, saya nak langsir baru, dan karpet baru...!!" ..... ”Tak per lahh..abang berhutanglahh..”..... Suami tunduk mengalah....

3] PEREMPUAN YANG TIDAK MAHU MENUTUP AURAT... Yang memakai perhiasan untuk tujuan bermegah-megah... "Amboi, cantiknya isteri abang... Bila bergaya nak keluar rumah, mengalahkan artis..."... “Mestilah, bila orang tanya, isteri siapa yang cantik, bergaya, rambut ikal mayang tu.. haaaa.. abang juga yang akan dapat nama, kan?... "... "Iya tak ya juga... Bangga abang ada isteri cantik macam kamu ni." .............

4] PEREMPUAN YANG TIADA CITA-CITA MELAKUKAN AMAL IBADAH, atau MENAMBAH amal ibadah... melainkan makan, minum, MENONTON tv, berhias diri, tidur.... Hujung minggu, pergi ke kelas senam-robik.... Disuruh solat, tidak mahu... Disuruh berpuasa, tidak mahu.... Disuruh belajar membaca Quran tidak mahu.... Disuruh hadir kuliah agama di mesjid, tidak mahu.... Disuruh membaca buku2 agama, tidak mahu... Hidupnya hanya untuk bergembira dan berseronok... Hari-harinya di habiskan untuk tujuan itu sahaja..... Tiada kebaikan agama apa pun pada perempuan seperti ini ....
Photo: Berzikir ketika memasak ♥♥♥♥

Sunday, 13 January 2013

Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.

Barangsiapa keluar ke pekan dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di akhirat kelak.

Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata; "Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernahaku cium." Sabda Nabi SAW; "Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi."

Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganyadandia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

Seorang lelaki bertanya; "Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti? " Jawab baginda; "Berbaktilah kepada ibu bapamu." Kata lelaki itu lagi; "Ibu bapaku sudah tiada lagi." Sabda Nabi SAW; "Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu." Tahukah anda jika dibiasakan mencium anak sendiri, sifat mendera atau membantai serta memukul anak boleh dihindarkan? Dengan wujudnya sifat suka mencium anak, hormon dan bau anak kita itu akan sebati ke dalam otak kita sekaligus mesej yang mengatakan “aku sayang anak aku” akan tersemat terus ke dalam jiwa.