Bismillaa hir rohma nir rohim
SANTAPAN ROHANI - PAGI SELASA 22 JANUARI 2013:
4 JENIS PEREMPUAN YANG JADI PENGHUNI NERAKA
1] PEREMPUAN YANG JAHAT MULUT dan KELAKUAN, TERHADAP suaminya... Banyak komplen... Ada sahaja yang tidak kena.... " ABANG
NI PUN SATU, BELI IKAN KECIL-KECIL SANGAT... Belilah yang besar
sikit... Susah nak siang... " ... Esoknya.. " ABANG NI, BELI IKAN BESAR
SANGAT, gelilah nak makan.." Komplen lagi... Ada sahaja yang tidak kena
pada suami.... Suka MEMBURUK2AN SUAMI dibelakang suami samada kepada ibu
bapa, saudara mara atau kawan2.... CURANG pada suami.... Si isteri
membuat perkara haram atau BERGAYUT ATAU BERCHATTING dengan lelaki
lain.... Menyakitkan hati suami dengan mengungkit segala kekurangan
suami setiap hari. " SEDARLAH DIRI AWAK TU, kos perkahwinan pun saya
yang keluarkan... Nak harapkan awak dan keluarga awak, tak merasalah
hidup senang seperti sekarang ni..." sehingga suaminya tidak terkata
apa-apa....
2] PEREMPUAN YANG MEMPERBODOHKAN SUAMI, memaksa
suami membuat perkara yang di luar kemampuan suami.... MENGGUNAKAN ILMU
HITAM AGAR SUAMI PATUH DAN IKUT SEGALA KEMAHUAN ISTERI... "Itulah
engkau, kalau dari dahulu, kau dengar cakap aku, beri suami kau makan
NASI KANGKANG, sudah tentu sekarang ni kau tidak dimadukan.. "....
“Suami aku, aku dah ‘ikat’ awal2 lagi...Dia tak boleh nak buat apa2
dahhh!!”... Memaksa suami untuk membeli sesuatu di luar kemampuannya,
atau suami minta tangguhkan dulu sebab ada perkara lain yang lebih
perlu... "ABANG, SAYA TAK TAHU, RAYA NANTI SAYA NAK LANGSIR BARU, KARPET
BARU, PETI AIS BARU... ".... "Langsir dan karpet ni kan baru ganti
jerr... Abang mana mampu, Yang... Yang tahukan, banyak benda nak kena
bayar niii... "... "ITU SAYA TAK TAHU.. Yang saya tahu, saya nak langsir
baru, dan karpet baru...!!" ..... ”Tak per lahh..abang
berhutanglahh..”..... Suami tunduk mengalah....
3] PEREMPUAN
YANG TIDAK MAHU MENUTUP AURAT... Yang memakai perhiasan untuk tujuan
bermegah-megah... "Amboi, cantiknya isteri abang... Bila bergaya nak
keluar rumah, mengalahkan artis..."... “Mestilah, bila orang tanya,
isteri siapa yang cantik, bergaya, rambut ikal mayang tu.. haaaa.. abang
juga yang akan dapat nama, kan?... "... "Iya tak ya juga... Bangga
abang ada isteri cantik macam kamu ni." .............
4]
PEREMPUAN YANG TIADA CITA-CITA MELAKUKAN AMAL IBADAH, atau MENAMBAH amal
ibadah... melainkan makan, minum, MENONTON tv, berhias diri, tidur....
Hujung minggu, pergi ke kelas senam-robik.... Disuruh solat, tidak
mahu... Disuruh berpuasa, tidak mahu.... Disuruh belajar membaca Quran
tidak mahu.... Disuruh hadir kuliah agama di mesjid, tidak mahu....
Disuruh membaca buku2 agama, tidak mahu... Hidupnya hanya untuk
bergembira dan berseronok... Hari-harinya di habiskan untuk tujuan itu
sahaja..... Tiada kebaikan agama apa pun pada perempuan seperti ini ....
No comments:
Post a Comment