Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu
dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah
500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke
dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.
Barangsiapa
keluar ke pekan dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan
buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah
dan tidak diseksa di akhirat kelak.
Aqrak pernah terlihat Nabi
SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata; "Anakku sepuluh orang
banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernahaku cium." Sabda Nabi SAW;
"Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi."
Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli
keluarganyadandia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul
sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak
perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak
perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
Seorang lelaki bertanya; "Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku
berbakti? " Jawab baginda; "Berbaktilah kepada ibu bapamu." Kata lelaki
itu lagi; "Ibu bapaku sudah tiada lagi." Sabda Nabi SAW; "Kalau begitu
berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu
pula berhak ke atas dirimu." Tahukah anda jika dibiasakan mencium anak
sendiri, sifat mendera atau membantai serta memukul anak boleh
dihindarkan? Dengan wujudnya sifat suka mencium anak, hormon dan bau
anak kita itu akan sebati ke dalam otak kita sekaligus mesej yang
mengatakan “aku sayang anak aku” akan tersemat terus ke dalam jiwa.
No comments:
Post a Comment