PENTINGNYA SOLAT MALAM UTK MENJADI IBU BAPA YANG LEBIH SIHAT..
Petua Rasulullah s.a.w buat yang menghidap penyakit kronik..
Sekiranya sahabat mempunyai kenalan
yang menghidap penyakit kronik (kanser, kencing manis, sakit jantung,
darah tinggi dll) pujuklah dia/mereka untuk mengamalkan solat pada waktu
malam (walaupun sekadar 1 rakat witir) kerana dari Salman al-Farisi
katanya, telah bersabda Rasulullah saaw;
"Dituntut ke atasmu
melakukan solat malam kerana sesungguhnya solat malam itu merupakan
antara kebiasaan orang soleh sebelum kamu, sebagai jalan untuk
mendekatkan diri kepada Tuhanmu, penutup segala kejahatan, penghapus
segala dosa dan pembasmi segala penyakit dalam badan."
Menurut
guru kami, Al Fadhil Ustaz Wan Nasir Wan Abdul Wahab, pembasmi segala
penyakit dalam badan bukan sahaja merujuk kepada menyembuh penyakit
tetapi turut bermaksud MENGHALAU penyakit tersebut dari menghinggapi
badan si sakit semula.
Mesti cuba tau! Moga Allah menganugerahkan sifat istiqamah kepada kita semua.
~ Dipetik dari Ustaz Zahazan Mohamed
No comments:
Post a Comment