Friday, 15 February 2013

SOALAN: 
Mengapakah garam tidak sesuai ditambah pada makanan bayi dan sampai umur berapakah makanan yang ditambah garam seperti sup sesuai untuk diberi kepada bayi? Ini kerana, ramai kawan-kawan saya yang mempunyai anak, menjadi kemestian meletakkan garam pada menu harian bayi mereka.

Adakah garam memudaratkan tumbesaran bayi atau terdapat kesan sampingan lain? Harap pihak tuan/puan dapat menjelaskan kepada saya dengan lebih terperinci.

JAWAPAN: 
Buah pinggang bayi dan anak kecil belum cukup matang lagi untuk memproses garam yang berlebihan daripada makanan. Jika anak memakan garam yang berlebihan, dalam jangka panjang, buah pinggang anak mungkin mengalami kerosakan yang tidak boleh dibaiki.

Walaupun garam merupakan nutrien penting dan diperlukan oleh badan manusia, ia terdapat dalam jumlah yang mencukupi dalam susu ibu, nasi dan kebanyakan makanan yang biasa diberi kepada bayi. Oleh itu, jangan tambah garam atau bahan perisa buatan yang lain kepada makanan bayi.

Kemestian untuk menambah garam bergantung pada kesukaan peribadi seseorang. Untuk anak-anak yang melebihi umur setahun, makanan mereka boleh ditambah garam, tetapi dalam jumlah yang sedikit sahaja.

Cuba kurangkan kandungan garam dalam makanan anak-anak (dan ahli-ahli keluarga yang lain) secara beransur-ansur, dan selepas lebih kurang seminggu, anda akan mendapati bahawa kebanyakan makanan sudah cukup sedap tanpa ditambah garam.

Jika didapati makanan tidak cukup berasa, gunakan perisa semula jadi seperti jus limau dan rempah untuk mempelbagaikan rasa makanan tersebut. 

Ingat! Jangan sekali-kali menambah garam kepada makanan bayi. Penambahan garam pada makanan bayi akan membahayakan kesihatan bayi.

Soalan dijawab oleh Prof. Madya Dr. Poh Bee Koon, Pakar Pemakanan dan Setiausaha Kehormat Persatuan Pemakanan Malaysia

Sharing is Caring <3 @[286747728111223:274:Kelab Penyusuan Si Manja] <3

Sharing is Caring ♥ Kelab Penyusuan Si Manja

No comments:

Post a Comment